Salam...

Wednesday, December 17, 2008

salam pemula kata ~
mata pelajaran biologi, atau nama lainnya kaji hayat, mula diperkenalkan kepada murid-murid tingkatan 4 yang memilih untuk berada dalam kelas sains tulin. Setelah beberapa bulan belajar biologi murid-murid mula berfikir untuk tidak memilihnya sebagai salah satu matapelajaran SPM. Alasannya, kerana matapelajaran ini susah, kena banyak membaca, kena banyak mengingat, lagipun tidak bercita-cita untuk menjadi doktor.
Biologi adalah matapelajaran yang boleh mendekatkan diri kita dengan pencipta kita, sekiranya dipelajari dengan mata hati. Ia berkait rapat dengan diri kita sendiri, bagaimana kita diciptakan. Alangkah ruginya kita jika peluang ini disia-siakan.
Teruslah berada dalam kelas bio anda, walaupun anda tdk berhasrat utk mengambilnya dalam SPM. Cintailah Pencipta yang Agung.
 
Love Biology. Design by Pocket